suria

Razali Ibrahim tawar diri jawatan Naib Ketua Pemuda Umno

JOHOR BAHARU: Ketua Pemuda Umno Johor, Razali Ibrahim hari ini menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda Umno pusat Disember ini.

Pengumuman itu dibuat Razali selepas mempengerusikan mesyuarat pergerakan itu di Pejabat Badan Perhubungan Umno Johor di Jalan Yahya Awal, sini hari ini.

Razali yang juga anggota Parlimen Muar ketika bercakap kepada pemberita berkata, keputusan untuk bertanding dibuat selepas jawatan Naib Ketua Pemuda itu dikosongkan Khairy Jamaluddin pada 17 September lepas. BERNAMA

Artikel Sebelum

UPKO cadang ISA dikaji semula

Artikel Berikut

Anwar 'main wayang' - Rais

Artikel Lain