Sambal Terung Ikan Bilis - Jamu Selera | mStar

Sambal Terung Ikan Bilis

JIKA anda inginkan hidangan yang pedas, apa kata cuba resipi sambal terung ikan bilis. 

Ia bukan saja enak tetapi mudah disediakan.


Bahan-bahan:


2 biji terung panjang - belah dua

1 senduk cili kisar

1 sudu kecil belacan (optional)

1 biji bawang besar, hiris nipis

2 ulas bawang putih

2 sudu besar sos cili

1 mangkuk ikan bilis goreng


Cara Penyediaan:

Panaskan minyak, dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.

Kemudian masukkan cili kisar, sos cili dan belacan. Masak sambal hingga pecah minyak. Jika kering, tambahkan sedikit air.

Masukkan terung dan kacau seketika sehingga masak, kemudian masukkan ikan bilis.

Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Kacau sebati, angkat dan hidang. 

Hiaskan bersama daun bawang.


sambal terung ikan bilis

Artikel Sebelum

Pengat Pisang Bersagu

Artikel Berikut

Sup Tulang Ala Chef Wan

Lebih Artikel