BAGI penggemar masak asam, apa kata cuba daging masak asam untuk dinikmati pada pagi Hari Raya Aidilfitri. Selain rasanya yang masam dan pedas, ia sedap dimakan bersama nasi panas. Jangan lupa nikmatinya bersama sambal belacan mangga muda, pastinya akan bertambahlah nasi anda. Bahan-bahan: 1 kg daging 6 ulas bawang putih* 6 ulasbawang merah* 3 cm halia* satu cawan air asam jawa 2 sudu besar kicap sedikit sos tiram 2 sudu kecil lada hitam daun bawang Cara Penyediaan: Potong halus bahan *. Panaskan minyak dan tumis bahan *. Masukkan daging, kacau seketika hingga separuh masak. Masukkan air asam jawa, kicap, sos tiram, serta garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga daging masak dan lembut. Hiaskan dengan daun bawang.