suria

Biskut Makmur

BISKUT makmur merupakan resipi yang tidak asing lagi ketika zaman kecil-kecil dahulu.

Ia juga merupakan kuih tradisional kegemaran orang kampung terutamanya pada Hari Raya Aidilfitri kerana mudah dihasilkan.

Istimewanya, kacang tanah yang dikisar bersama gula icing mampu menambahkan lagi rasa lemak pada biskut ini.


Bahan untuk doh:

500g tepung gandum

2/3 cawan gula icing

1 tin kecil minyak sapi

Paper cup


Bahan untuk inti:

200g kacang tanah, digoreng tanpa minyak

3/4 cawan gula icing

1 sudu besar mentega kacang


Bahan untuk salut:

Sedikit gula icing


Cara-cara:

Sangai tepung gandum dalam kuali, kemudian ayak tepung bersama gula icing. 

Gaul adunan bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.

Kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula icing dan mentega kacang.

Sukat doh menggunakan satu sudu besar untuk pastikan mendapat kuih yang sama besar. 

Kemudian leperkan dan letakkan inti kacang di tengah. 

Tutupkan inti dan buat bentuk membujur.

Susun di atas loyang dan bakar selama 10-15 minit, suhu 150-160 darjah celcius. 

Kuih mungkin agak lembut bila disentuh ketika masih panas.

Sejukkan biskut, salutkan dengan gula icing dan letakkan di dalam paper cup.

biskut makmur

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Biskut Suji

Artikel Lain