Bufet Ramadan Dalam Taman Di Casa Ombak - Jamu Selera | mStar

Bufet Ramadan Dalam Taman Di Casa Ombak

RAMADAN kali ini, mungkin ada yang ingin berubah angin dan selera.

Hidangan bufet Ramadan Casa Ombak yang terletak di Ampang Selangor, wajar dipertimbangkan sebagai lokasi pilihan untuk berbuka puasa.

Sudah tentu, menu hidangan yang enak, menarik, terbaik dan lumayan menjadikan tarikan utama.


Dengan hidangan berkonsepkan ala kampung, sudah pasti menggamit selera anda yang merindui keenakan masakan ibu di kampung.

Antara hidangan yang menjadi pilihan adalah seperti kambing bakar, nasi kerabu, mi soup, laksam dan pelbagai jenis ulam ulaman serta sambal belacan. 

Ditambah pula dengan hidangan juadah lain yang pelbagai jenis serta rasa, sedia menambat hati dan selera anda. 


Tidak cukup dengan itu, gerai-gerai makanan juga disediakan untuk hidangan makanan yang panas dan segar.

Selain menjamu selera, anda juga akan menikmati juadah berbuka puasa dengan tenang dan nyaman kerana dikelilingi oleh suasana damai nan indah di halaman Banglo Casa Ombak. 

Lokasi yang tersorok ditengah-tengah kesibukan kota, Casa Ombak Kuala Lumpur memberikan suasana kedamaian dan ketenangan yang sukar untuk anda nikmati ditempat lain di ibu kota ini.


Bufet Ramadan Casa Ombak adalah pilihan tepat dan terbaik anda untuk berbuka puasa. 

Dengan hanya RM55 untuk dewasa manakala RM27 untuk kanak-kanak, harganya agak berbaloi dengan jumlah hidangan dan pilihan yang pelbagai.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi talian 03-21818750/013-2680001 atau layari www.OmbakCreatives.com.

Casa Ombak KL

Artikel Sebelum

Agar-Agar Gula Merah

Artikel Berikut

Nasi Goreng Sardin

Lebih Artikel

"Mereka tidak layak cakap pasal hoki"

Marcelo akui Real Madrid rindu Ronaldo