suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragis! Ibu tunggal 2 anak maut tercekik piza

Seorang wanita maut tercekik piza yang dimakannya. -Gambar hiasan

SEORANG ibu tunggal kepada dua anak maut tercekik selepas makan sepotong piza di sebuah restoran.

Kejadian itu dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan mangsa mula muntah selepas memakan piza.

Dia kemudian dilihat bergegas ke tandas sebelum rebah sekembalinya ke meja makan.

Rakan-rakan sekerjanya segera menghubungi panggilan kecemasan sambil memberi bantuan CPR.

Mangsa dalam keadaan kritikal dibawa ke hospital.

Bagaimanapun, wanita itu disahkan meninggal dunia pada Jumaat lalu.

Insiden tragis itu berlaku di Krakow, Poland.

Mangsa meninggalkan seorang anak lelaki berusia tujuh tahun dan seorang anak perempuan berumur lima tahun. -Agensi

 

 

 

 

Artikel Lain