suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nak cari umpan, kaki pancing terkejut jumpa mayat wanita warga emas di sawah padi... Leher dijerut tali pinggang!

Pihak berkuasa menjalankan siasatan di lokasi penemuan mayat di kawasan sawah padi. -Foto KhaoSod

SEORANG pemancing terkejut apabila menemukan mayat seorang wanita dalam keadaan lehernya terjerut, di kawasan sawah padi. 

Menurut polis, dalam kejadian pada malam Isnin lalu, pemancing berkenaan sedang mencari cacing tanah sebelum menemukan mayat tersebut dan melaporkannya kepada pihak berkuasa. 

Saksi tersebut memberitahu, sebelum itu sebuah teksi turut kelihatan berlegar-legar di kawasan berkenaan sekitar pukul 9 malam, namun dia tidak dapat mengecamnya. 

Pihak berkuasa yang bergegas ke lokasi kejadian di Nakhon Pathom, Thailand, mendapati leher mangsa dijerut tali pinggang berwarna merah, yang mungkin menjadi penyebab kematiannya.   

Timbalan Komander Polis Wilayah Nakhon Pathom, Kolonel Pallop Suriyakul Na Ayudhya berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai telah meninggal dunia kira-kira dua jam sebelum ditemui, dengan punca kematian disyaki akibat sesak nafas. 

Polis kini sedang berusaha mengenal pasti identiti mangsa yang berusia dalam lingkungan usia 50 hingga 60 tahun kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan.

Mayat telah dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat.

Pihak polis kini giat mengumpul maklumat bagi mengenal pasti identiti mangsa dan mengesan suspek yang terlibat dalam kes berkenaan. -Agensi

Artikel Lain