suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat bawa lebih 60 penumpang terhempas, sejumlah mangsa dikhuatiri maut

Sebuah pesawat terhempas di Kazakhstan. Foto X/@AleaJactaEs666

DIKEMASKINI

SEJUMLAH penumpang dikhuatiri maut selepas sebuah pesawat yang membawa lebih 60 individu terhempas ketika melakukan pendaratan cemas berhampiran lapangan terbang Aktau di Kazakhstan pada Rabu.

Menurut pihak berkuasa Kazakhstan, seramai 28 mangsa terselamat dalam nahas itu.

Agensi berita Rusia memaklumkan bahawa ketika kejadian, pesawat Azerbaijan Airlines J2-8243 itu dalam penerbangan dari Baku ke Grozny di Chechnyam Russia.

Bagaimanapun, pesawat itu terpaksa dilencongkan disebabkan kabus tebal.

ARTIKEL BERKAITAN: 38 maut nahas pesawat di Kazakhstan

Kementerian pengangkutan melaporkan bahawa terdapat 62 penumpang dan lima kru menaiki pesawat itu.

Satu rakaman video menunjukkan pesawat tersebut kehilangan altitud dengan cepat sebelum terhempas dan terbakar.

Kelihatan kepulan asap tebal di lokasi kejadian. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain