suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Risoles meletup depan muka, inti panas memancut sampai kulit melecur... Pemilik restoran bongkar punca kejadian

Detik kejadian dirakam menerusi CCTV.

MALANG tidak berbau!

Begitulah kisahnya apabila seorang lelaki warganegara Brazil mengalami kecederaan pada bahagian tangan dan muka selepas risoles inti ayam yang dimakan meletup secara mengejut.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menjadi tular, kelihatan risoles yang dimakan mangsa mengembung sebelum memancutkan inti panas pada wajahnya dalam kejadian di Curitiba, Brazil pada awal minggu lalu.

Pemilik restoran, Christian de Souza Amaral berkata dia tidak menyangka kejadian itu boleh berlaku melibatkan masakannya.

"Ketika kejadian, saya dengar ada bunyi letupan seperti tayar meletup. Saya terkejut apabila melihat inti risoles yang masih panas sudah melekat pada wajah pelanggan.

"Makanan itu baru dikeluarkan daripada mesin penggoreng kira-kira lima minit sebelum disajikan kepada pelanggan. Saya pun tak pasti bagaimana makanan itu boleh meletup, saya sedang siasat," kata Amral.

Mangsa diberikan pertolongan cemas sebelum dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain