suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja maut diracun, kakak ipar cuba larikan diri ditahan

Seorang remaja maut dipercayai diracun oleh kakak ipar. -Gambar hiasan

POLIS menahan seorang wanita yang disyaki meracuni adik iparnya berusia 13 tahun hingga maut.

Suspek bagaimanapun sempat melarikan diri sebelum berjaya ditahan polis.

Kejadian berlaku di Palembang di Sumatera Selatan, Indonesia pada Rabu.

"Kami menerima laporan mengenai seorang remaja meninggal dunia pada Rabu. Kita menahan suspek," kata Ketua Polis Palembang, Pesuruhjaya Harryo Sugihhartono dipetik DetikSumbagsel sebagai berkata.

Harryo memberitahu, kakak ipar mangsa bertindak melarikan diri kerana ketakutan selepas kematian mangsa.

"Kita berjaya menahan suspek dan siasatan masih berjalan," ujarnya.

Terdahulu, seorang remaja berusia 13 tahun ditemukan maut selepas mengambil jamu yang diberikan oleh kakak iparnya.

Keluarga mangsa memaklumkan remaja itu menyertai pertandingan meminum jamu yang mana disediakan oleh kakak iparnya mangsa. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain