suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Letak racun tikus dalam susu, budak 3 tahun maut di tangan ibu kandung… Teman lelaki turut ditahan

Kanak-kanak itu maut selepas diberi minum racun tikus. -Gambar hiasan

SEORANG kanak-kanak berusia tiga tahun meninggal dunia kerana mengalami beberapa kecederaan pada Rabu.

Sebelum meninggal dunia, mangsa sempat mendapatkan rawatan di Hospital Sakinah, Mojokerto di Indonesia.

Mangsa dibawa ke hospital oleh ibunya dan seorang lelaki yang merupakan kekasih wanita itu.

Curiga dengan punca kematian itu, bapa kandung mangsa kemudiannya membuat laporan polis.

Difahamkan, hubungan antara ibu dan bapa kandung mangsa bermasalah menyebabkan mereka tidak lagi tinggal bersama.

Polis kemudiannya menahan ibu mangsa dan kekasihnya itu kerana didakwa merancang pembunuhan kanak-kanak itu.

Hasil bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal kerana terdapat lebam akibat pukulan benda tumpul serta kesan gigitan pada tubuh.

Selain itu, mangsa juga dipaksa menelan susu yang dicampur racun tikus oleh kedua-dua suspek selama empat hari.

Kedua-dua suspek didakwa atas kesalahan pembunuhan terancang dengan hukuman penjara 20 tahun atau hukuman mati. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain