suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita hamil dikelar sehingga maut, mayat dicampak bawah jambatan... Pasukan forensik dedah laporan bedah siasat

Mayat mangsa ditemukan di bawah jambatan.

SEORANG wanita ditemui mati berlumuran darah di bawah jejantas di Jalan Faqih Usman, Lorong Sekolah, Daerah Seberang Ulu I, Palembang di Indonesia.

Mayat mangsa ditemukan salah seorang penduduk setempat yang melalui kawasan berkenaan sekitar pukul 6.30 pagi, Ahad.

Bagaimanapun katanya, penduduk sekitar tidak mengenali mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Ulu I, Palembang, AKP Fitri Dwi Utami, susulan laporan diterima, pihaknya melakukan siasatan dan menghantar mayat mangsa ke hospital untuk proses bedah siasat.

“Kes masih dalam siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, doktor forensik di Hospital Bhayangkara Moh Hasan Palembang, Dr Indra Nasution berkata, selepas pemeriksaan dilakukan, wanita terbabit disahkan hamil trimester pertama dan berumur sekitar 30 tahun.

Indra berkata, terdapat kesan luka pada leher yang cukup lebar sehingga menyebabkan saluran pernafasan terputus dan mengakibatkan mangsa mengalami pendarahan seterusnya meninggal dunia.

“Terdapat tanda-tanda keganasan, dua luka di leher, lebam di bahagian atas lengan kanan dan lebam di mata, kelihatan mangsa bergaduh,” katanya. - Kumparan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain