suria

Rumah tangga retak gara-gara lahirkan bayi kulit gelap, wanita sedih suami enggan sentuh anak

Kisah wanita tersebut tular di laman sosial Weibo. -Foto Odditycentral

KEGEMBIRAAN seorang wanita yang baru melahirkan cahaya mata bertukar menjadi detik menyedihkan apabila suaminya mencurigai bayi tersebut adalah daripada benihnya.

Memetik laporan Oddity Central, tindakan suami kepada wanita yang berasal dari Shanghai, China itu susulan bayi yang dilahirkan mempunyai kulit yang agak gelap.

Wanita berusia 30 tahun itu menggunakan media sosial untuk menceritakan kisah sedih di mana rumah tangganya berantakan kerana situasi tersebut.

Menurut wanita tersebut, sebaik sahaja suaminya melihat bayi yang dilahirkannya menerusi kaedah pembedahan itu, lelaki berkenaan hanya merenung dan enggan menyentuh zuriat mereka.

Meskipun dia sendiri tidak menyangka dengan perbezaan warna kulit bayinya, namun wanita tersebut dalam hantarannya menjelaskan 'dia tidak pernah mengunjungi Afrika atau mengenali mana-mana lelaki berkulit hitam'.

Bukan hanya enggan menyentuh bayi yang dilahirkan, malah lebih menyedihkan wanita tersebut berkata suaminya berkeras mahu si kecil itu melakukan ujian DNA bagi membuktikan dia adalah daripada benihnya.

Hantaran wanita tersebut menerusi platform Weibo menjadi tular dan mengundang perhatian warga maya yang bersimpati dengan nasibnya.

"Fenomena ini boleh berlaku secara semula jadi pada bayi baru lahir kerana tisu kulit mereka nipis dan peredaran darah mereka lemah

"Ia adalah perkara biasa untuk kulit merah gelap akhirnya beransur-ansur menjadi cerah," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain