suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi perempuan maut dirogol, polis giat kesan pelaku

Seorang bayi di Nigeria meninggal dunia akibat dirogol. -Gambar hiasan

KEJAM dan tidak berperikemanusiaan.

Polis Nigeria sedang memburu pelaku yang merogol seorang bayi perempuan berusia dua tahun sehingga menyebabkan kematiannya.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Polis, Ahmed Wakil, bayi itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelah masjid di Jalan Deneva, Kawasan Kerajaan Tempatan Ningi di Bauchi.

"Setelah menerima laporan, detektif telah dihantar ke tempat kejadian, dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Besar Ningi, yang mana laporan perubatan mengesahkan bayi itu mengalami kecederaan parah akibat dirogol, yang membawa kepada kematianya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar 13 tahun ‘diratah’ guru besar, ibu diperdaya kononnya anak jalani upacara bersuci

"Polis kini sedang berusaha bagi menangkap pelaku dan membawanya ke muka pengadilan.

"Polis turut menyeru ibu bapa dan penjaga untuk memastikan keselamatan anak-anak mereka," ujar Ahmed Wakil

Dia turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil untuk membantu siasatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain