suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guru cederakan pelajar guna kotak besi, lumur serbuk cili pada alat sulit

Segelintir individu hilang pertimbangan sehingga melakukan jenayah. -Gambar hiasan

SEORANG guru lelaki ditahan kerana didakwa mencederakan seorang pelajar menggunakan kotak besi.

Malah, suspek turut didakwa melumurkan serbuk cili pada bahagian alat sulit mangsa.

Kejadian berlaku di sebuah sekolah di Kannur, Kerala di India.

Polis dalam kenyataan berkata, mangsa membuat laporan dengan mendakwa guru berkenaan mencederakannya kerana dituduh 'salah laku'.

Guru tersebut kemudian dilaporkan melarikan diri dari Kerala dan bersembunyi di pelbagai lokasi sekitar Karnataka dan Tamil Nadu.

Berdasarkan maklumat yang diterima, polis berjaya menahan suspek di Coimbatore, Tamil Nadu, pada Khamis.

Suspek dibawa ke mahkamah pada Jumaat untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain