suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita bahayakan nyawa dua anak, letak atas kompresor aircond tingkat 23 flat untuk ugut suami

Seorang ibu meletakkan dua anaknya di atas kompresor penyaman udara di luar tingkat 23 flat didiami mereka. -Gambar Agensi

TULAR sebuah video memaparkan tindakan seorang wanita meletakkan dua anaknya yang masih kecil di atas bahagian kompresor penyaman udara di luar tingkat 23 rumah mereka bagi mengugut suaminya.

Kejadian dilaporkan berlaku di Luoyang, wilayah Henan, China pada pagi 10 Oktober lalu.

Kejadian disedari penduduk selepas terdengar tangisan seorang kanak-kanak perempuan yang berada dalam keadaan bahaya bersama adiknya.

Menurut laporan, wanita tersebut dilihat duduk di tepi tingkap dan bertengkar dengan suaminya, serta menghalang lelaki tersebut daripada mendekati dua anak mereka.

Apa yang mencetuskan kebimbangan penduduk adalah kedua-duanya tidak dilengkapi alat keselamatan.

Kejadian tersebut segera dilaporkan kepada polis oleh seorang penduduk berhampiran.

Pegawai Persekutuan Wanita dan Kanak-kanak tempatan memaklumkan bahawa dua kanak-kanak tersebut berjaya diselamatkan sambil menambah, pihak polis masih menjalankan siasatan mengenai insiden berkenaan. -Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain