suria

Tebing runtuh punca rumah hanyut dalam sungai, 3 mangsa termasuk seorang kanak-kanak masih hilang

Tiga mangsa masih belum ditemui selepas mereka hanyut pada petang Selasa. -Foto 3Plus

TIGA individu dilaporkan hilang selepas sebuah rumah yang terletak di tebing sungai dihanyutkan arus deras pada Selasa.

Kediaman itu hanyut selepas tebing Sungai Yom di daerah Sawankhalok, Sukhothai, Thailand runtuh secara tiba-tiba, kira-kira pukul 2.50 petang.

Akibat runtuhan itu, rumah berkenaan tenggelam ke dalam Sungai Yom ketika tiga penghuni berada di dalamnya.

Maklumat awal mendedahkan bahawa dua lelaki, berusia antara 40 hingga 50 tahun, bersama seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, berada di dalam rumah ketika kejadian itu.

Pasukan penyelamat tempatan, termasuk Yayasan Bangkaew Ruamkatanyu, segera bertindak ke lokasi dengan kerjasama penduduk setempat.

Uaha untuk mencari tiga individu yang hilang masih diteruskan, namun mereka masih belum ditemui.

Timbalan Gabenor Sukhothai, Somjet Limpaphan, Penasihat Menteri Dalam Negeri, dan Papon Sorntham dan Pegawai Daerah Kanan Sawankhalok turut hadir melawat lokasi kejadian.- Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain