suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dilihat sengaja berjalan menuju landasan, mahasiswi maut dirempuh kereta api

Pihak polis menjumpai mayat mangsa kira-kira tiga meter dari landasan kereta api. -Gambar Agensi

SEORANG mahasiswi berusia 21 tahun maut selepas dilanggar sebuah kereta api.

Kejadian tragis itu berlaku sekitar pukul 4 petang di Bangil, Pasuruan, Indonesia pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Bangil, Kompol Ahmad Sukiyanto, sebelum kejadian, mangsa dilihat duduk di atas motosikalnya sekitar 30 minit.

Apabila menyedari kereta api menghampiri dari arah timur, mangsa menanggalkan kasutnya dan berjalan menuju ke landasan kereta api.

Akibat rempuhan kuat, mangsa tercampak sejauh tiga meter dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, patah kedua-dua tulang kaki dan jari kelingking kanan.

Siasatan awal pihak polis mendapati insiden berkenaan sebagai tindakan bunuh diri.

Siasatan lanjut berhubung kes berkenaan masih diteruskan oleh pihak polis.

Sebagai peringatan, perbuatan bunuh diri adalah haram dalam Islam dan semua umat perlu menjauhinya- Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain