suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berang teman wanita dihina sebagai perempuan murahan, lelaki tikam rakan sekampung

Perselisihan faham boleh mengundang seseorang melakukan tindakan di luar kawalan. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki nekad menikam rakan sekampungnya gara-gara berang kerana mangsa menghina teman wanitanya sebagai perempuan murahan.

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah kafe di Badung, Bali, Indonesia.

Menurut Ketua Polis Kuta Utara, AKP Yusuf Dwi Admodjo, kejadian bermula apabila suspek dan mangsa bertengkar sehingga membabitkan isu peribadi.

Ujarnya, pertengkaran menjadi semakin hangat apabila mangsa menggelar teman wanita suspek sebagai perempuan murahan.

Suspek yang berang secara spontan menikam mangsa menggunakan pisau lipat yang dibawa bersamanya.

"Mangsa turut memukul mulut suspek sebanyak tiga kali ketika kekecohan itu. Selain itu, mangsa juga dikatakan mengeluarkan kata-kata kasar kepada suspek sehingga membuatkannya emosi," jelas Yusuf.

Ujarnya, mangsa mengalami pendarahan akibat luka tikaman di bahu dan perutnya dan dikejarkan ke Hospital Besar Prof Ngoerah Denpasar untuk rawatan lanjut.

Suspek kemudian ditahan untuk siasatan lanjut, ujar Yusuf. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain