suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita sempat menyanyi ‘buat kali terakhir’ sebelum jatuh dalam laluan bawah tanah... Rakaman video buat ramai tergamam!

Laluan bawah tanah yang menjadi lokasi kematian mangsa.

AJAL boleh menjemput seseorang pada masa yang tidak disangka-sangka.

Begitulah kisahnya apabila seorang pelancong wanita dari Rusia maut ketika sedang bercuti di Tbilisi, Georgia, selepas terjatuh ke dalam laluan bawah tanah.

Difahamkan sebelum kejadian, wanita itu sedang merakam video secara suka-suka bersama rakannya, dipercayai untuk trend media sosial.

Namun mungkin kerana terlalu leka, wanita dikenali sebagai Arina Glazunova itu tidak menyedari ke mana langkahnya menuju, menyebabkan dia tersadung ke dalam laluan bawah tanah yang tidak berpagar pagar.

Menurut laporan media tempatan, Glazunova yang berusia 24 tahun maut akibat hentakan ketika terjatuh yang menyebabkan kecederaan pada kepala selain lehernya patah.

Dalam pada itu, video yang dirakam oleh Glazunova beberapa saat sebelum kejadian menjadi tular di media sosial, susulan judul lagu yang dipilih mangsa seperti memberikan petunjuk tentang kematiannya.

Lagu berjudul For The Last Time (Buat Kali Terakhir) itu adalah nyanyian Hunger Boys.

Insiden tersebut menimbulkan kemarahan warga maya kerana laluan bawah tanah itu tidak mempunyai pagar keselamatan, sangat bahaya kepada orang luar yang tidak biasa dengan kawasan setempat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain