suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umur 39 masih tinggal dengan keluarga, anak tetak ibu sebab tersinggung disuruh bersihkan rumah

Seorang wanita menetak ibunya menggunakan parang selepas ditegur supaya menjaga kebersihan rumah - Gambar hiasan

SEORANG wanita berusia 39 tahun ditahan polis selepas dia menetak ibu kandungannya menggunakan parang.

Kejadian dilaporkan berlaku pada Selasa lalu di kediaman suspek di Makassar, Indonesia.

Menurut Ketua Polis Bontoala, Komisioner Muh Idris, insiden ini berpunca daripada suspek yang tersinggung selepas diminta membersihkan rumah oleh ibunya.

Tambahnya lagi, suspek juga disyaki mengalami gangguan mental.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Durjana Tetak Ibu, Pukul Bapa

"Dia tidak dapat menerima terima teguran ibunya sehingga menyerangnya menggunakan parang.

"Menurut maklumat penduduk, suspek sudah lama menghidap gangguan mental," jelas Idris.

Difahamkan, mangsa kini sedang dirawat di hospital, manakala suspek masih dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut.

Kes masih dalam siasatan polis kerana suspek belum dapat memberikan keterangan. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain