suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bil elektrik melambung walau jarang guna perkakas, lelaki tergamam rungkai ‘kesilapan’ syarikat utiliti

Tenaga elektrik merupakan satu keperluan dalam kehidupan masa kini.

TANPA disedari menjadi dermawan.

Begitulah kisahnya apabila seorang lelaki dimaklumkan oleh syarikat uliti bahawa dia secara tidak sengaja membayarkan bil elektrik rumah jirannya selama 18 tahun.

Lelaki dikenali sebagai Ken Wilson itu menetap di sebuah apartmen sekitar California, Amerika Syarikat sejak 2006.

Perkara tersebut mula disedari oleh Wilson apabila bil utiliti rumahnya menunjukkan peningkatan sedangkan dia tidak ada menggunakan perkakas elektrik secara berlebihan.

Risau mungkin berlaku kerosakan pada pendawaian rumahnya, Wilson menghubungi syarikat utiliti di California iaitu Pacific Gas and Electric (PG&E).

Alangkah terkejutnya Wilson apabila hasil pemeriksaan mendapati syarikat utiliti tersebut selama ini tersilap mengenakan bayaran bil elektrik rumah jiran ke atas akaun miliknya.

Ini bemakna Wilson selama hampir dua dekad telah membayar bil elektrik yang bercampur antara kediamannya dan rumah jiran.

PG&E dalam satu kenyataan mengakui kesilapan pihaknya dan komited untuk menambah baik mutu perkhidmatan mereka.

"Kepuasan hati pelanggan akan sentiasa menjadi keutamaan kami," ujar PG&E. - NDTV.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain