suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guru jarang datang mengajar, ibu bapa mengamuk bakar bangunan sekolah

Kelihatan bangunan yang menempatkan bilik darjah sedang dijilat api. - Foto Detik/Istimewa

DUA buah bilik darjah di sebuah sekolah menengah dibakar oleh ibu bapa pelajar sebagai protes terhadap ketidakhadiran guru di sekolah.

Insiden ini berlaku di SMK YPPGI Jeheskiel Dumapa Idakebo, Papua Tengah, Indonesia pada 17 September lalu.

Difahamkan, ibu bapa pelajar berasa kecewa kerana pembelajaran tidak berlangsung walaupun yuran telah dibayar.

"Kerana ada ibu bapa kecewa dengan pengetua dan guru yang tidak aktif mengajar, walaupun pelajar membayar yuran," ujar seorang penduduk tempatan memetik laporan Detik.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dogiyai, AKP Muhammad Tahir yang mengesahkan kejadian tersebut berkata, ketika pihak polis tiba, bangunan bilik darjah itu musnah sepenuhnya dijilat api.

"Ketika polis tiba, api masih marak tetapi bangunan itu sudah pun hangus, jadi usaha memadamnya dilakukan supaya api tidak merebak ke bangunan lain memandangkan cuaca agak panas," ujarnya.

Tambahnya lagi, pihak polis turut bertemu dengan kumpulan ibu bapa yang membakar bangunan sekolah berkenaan, di mana mereka menerangkan alasan di sebalik tindakan tersebut.

"Mereka luah rasa bimbang tiadanya aktiviti pembelajaran, sehingga pendidikan anak-anak terabai.

"Pihak keselamatan menggunakan dialog dan mediasi keluarga untuk menenangkan penduduk," jelas Tahir.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain