suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sudahlah dimaki, doktor dibelasah gara-gara arahkan keluarga pesakit tanggal kasut di wad kecemasan

Tangkap layar rakaman CCTV menunjukkan seorang doktor dipukul. Foto X

SEORANG doktor dibelasah oleh ahli keluarga pesakit gara-gara meminta mereka menanggalkan kasut sebelum memasuki wad kecemasan.

Menurut polis, kejadian berlaku ketika suspek mahu mendapatkan rawatan untuk seorang wanita yang mengalami kecederaan di kepala.

Insiden yang dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) itu berlaku di sebuah hospital di bandar Sihor di Bhavnagar, India pada 12 September lalu.

Difahamkan, wanita tersebut dimasukkan ke bilik kecemasan dan ahli keluarganya menemaninya di sana.

Bagaimanapun, apabila seorang doktor berusia 33 tahun meminta mereka menanggalkan kasut sebelum memasuki wad, saudara-mara mangsa mula memaki hamun mangsa dan kakitangan jururawat sebelum membelasahnya.

"Doktor meminta mereka menanggalkan kasut mereka, selepas itu mereka mula menyerangnya dan jururawat," kata seorang pegawai polis.

Tambahnya, suspek juga didakwa merosakkan peralatan perubatan dan mengancam untuk membunuh doktor tersebut.

Susulan kejadian tersebut, tiga lelaki ditahan dan didakwa atas beberapa kesalahan jenayah.

Siasatan lanjut berhubung kes tersebut sedang dijalankan. -AGENSI

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain