suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebih 10 tikaman di leher, wanita maut dipercayai diserang peminat fanatik

Pasukan polis memerlukan laporan bedah siasat daripada pihak forensik bagi mengetahui punca kematian. -Gambar hiasan

SEORANG wanita ditemukan maut dengan lebih 10 kesan tikaman di lehernya, pada Ahad.

Kejadian ngeri itu berlaku di sebuah bilik sewa di Phatthana Nikhom, wilayah Lopburi di Thailand.

Menurut penyiasat Balai Polis Phatthana Nikhom, Santi Phonruang, pihaknya menerima laporan daripada kakak mangsa berusia 30 tahun pada pukul 7.20 pagi.

Ujarnya, ketika ditemui, mangsa yang merupakan warga Kemboja berada dalam keadaan terbaring berlumuran darah dan lengkap berpakaian di samping periuk nasi elektrik serta bakul pakaian.

Tambahnya, hasil pemeriksaan di lokasi kejadian, menemukan wang tunai 3,000 baht atau kira-kira RM381 dan seutas rantai emas.

Turut ditemukan adalah kesan tapak kaki dan kesan tapak kasut seolah-olah terdapat dua individu pada masa kejadian.

Santi berkata, keadaan bilik yang berselerak dan kewujudan barangan berharga membuatkan pihaknya menolak kegiatan rompakan sebagai motif utama.

Justeru ujarnya, selepas mengambil kira fizikal mangsa yang cantik, pasukan polis mengandaikan serangan dilakukan oleh individu yang meminati mangsa dan bermotifkan seksual. - Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain