suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tukang sapu sampah perlu lalui ‘interview’ untuk dapat kerja, netizen risau masa hadapan anak-anak

Sesi temu duga yang dianggap sebagai keterlaluan oleh pelayar.

TIDAK kisah pekerjaan apa, janji sumbernya halal dan mampu menyara hidup untuk mendapatkan sesuap nasi.

Melalui perkongsian video tular di laman TikTok, kelihatan satu sesi temu duga yang dijalankan sedikit berbeza daripada kebiasaan di Indonesia.

Ia dipercayai merupakan sesi temu duga untuk jawatan pekerja pembersihan.

Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa calon temu duga menyapu sampah di kawasan lapang yang luas.

Difahamkan pemilik video juga menghadiri sesi temu duga untuk mencuba nasib tetapi tidak menyangka ia dibuat dengan cara sebegitu.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya terkejut melihat jawatan kru pembersihan memerlukan saringan yang ketat.

"Ingat ke nak kerja korporat je ada interview, rupanya kerja kolar biru pun sama. Susah betul zaman sekarang ni, macam mana nasib anak-anak kita?," soal seorang pelayar. - Banjarmasin

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain