suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita terberanak dalam tandas pesawat, pegang kantung janin usia 25 minggu... Tindakan pantas jururawat bantu selamatkan nyawa

Bayi perempuan pramatang tersebut kini menjalani rawatan di hospital.

TINDAKAN pantas seorang jururawat membantu proses kelahiran bayi pramatang ketika dalam penerbangan 3 Ogos lalu mendapat pujian masyarakat selepas rakaman video penyelamatannya tular di media sosial.

Kebanyakan warga maya memuji caranya yang tenang ketika mengendalikan prosedur kelahiran berkenaan meskipun berada dalam ruang yang sempit di tandas sebuah pesawat Southern Airlines.

Memetik laporan South China Morning Post, wanita hamil 25 minggu itu dalam perjalanan dari Haikou ke Beijing, China bersama anak perempuan berusia empat tahun, bagi bertemu suaminya.

Dia bagaimanapun tiba-tiba melahirkan bayi perempuan pramatang ketika menggunakan tandas kapal terbang.

Panik dengan situasi, kru kabin cuba mendapatkan pertolongan sebelum bertemu dengan Chen Shanshan yang merupakan jururawat di jabatan neonatal Hospital Rakyat Provinsi Hainan.

Berkongsi pengalaman, Chen menyatakan dia melihat wanita hamil terbabit memegang bayi sebesar tapak tangan dan masih berbalut membran janin.

Dengan bantuan dua doktor dari jabatan berbeza di hospital yang sama, Chen, memakai sarung tangan dan mengoyakkan membran janin supaya bayi boleh bernafas.

Bagaimanapun, seluruh badan bayi yang baru lahir itu kelihatan pucat selain tidak menangis atau bertindak balas terhadap rangsangan.

Susulan itu, dia melakukan CPR kecemasan pada bayi terbabit dan meminta kru kabin menyediakan beg air suam untuk memastikan suhu stabil.

Tindakan pantasnya itu akhirnya membuahkan hasil apabila bayi pramatang terbabit kembali bernafas dengan degupan jantung yang stabil.

Juruterbang kemudiannya melakukan pendaratan cemas di Changsha untuk keselamatan bayi dan ibunya.

Untuk rekod, berat bayi pramatang itu hanya seberat 820 gram semasa dilahirkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain