suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hanya linangan air mata gambarkan perasaan lelaki ini... Bayi kembar, isteri, ibu maut dalam serangan Israel ketika ambil sijil lahir anak

Abu Al-Qumsan dalam keadaan bersedih sambil memegang sijil kelahiran anaknya. Foto Reuters

TIADA ungkapan yang mampu diluahkan, hanya linangan air mata bagi menggambarkan perasaan seorang lelaki yang kehilangan empat insan tersayang serentak.

Mohammed Mahdi Abu Al-Qumsan, 26, menangis di Hospital Al Aqsa di Deir al-Balah di tengah Gaza, malah sukar untuk berdiri apabila menerima berita yang amat mengejutkan.

Al-Qumsan sedang dalam perjalanan untuk mengambil sijil kelahiran anak kembarnya, Aysal dan Ayser apabila dia menerima panggilan mengenai anak-anaknya dan isteri serta ibu mentua terbunuh dalam serangan Israel.

Anak kembarnya itu baru berusia empat hari ketika tragedi berdarah berlaku.

"Telefon berdering, (mereka berkata) 'Rumah yang anda tinggal telah diserang'.

"Mereka memberitahu saya, 'Isteri dan anak-anak anda berada di Hospital Al-Aqsa'," kata Al-Qumsan kepada juruvideo sambilan CBC, Mohamed El Saife.

Dia memegang sijil kelahiran anak-anaknya, cuba menahan diri menyaksikan kehidupannya berubah sama sekali.

"Berikut adalah tarikh lahir mereka, 10 Ogos. Mereka sudah meninggal dunia," katanya.

Kanak-kanak di Gaza paling menerima kesan teruk akibat perang Israel-Hamas yang berterusan. Satu peratus daripada populasi kanak-kanak, atau kira-kira 14,000 terbunuh sejak 10 bulan lalu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Tambah kementerian itu, daripada hampir 40,000 orang yang terbunuh di kawasan itu, 115 adalah bayi baru lahir. - CBC

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain