suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

6 minggu ‘dating’, wanita jelita pilih banduan jadi suami... Tak kisah ‘tunda’ malam pertama lebih setahun

Laura sanggup ke penjara Washington bagi melangsungkan perkahwinannya bersama pasangannya. Foto Kennedy News and Media

SEORANG ejen hartanah berusia 27 tahun memutuskan untuk mengikat tali perkahwinan bersama banduan yang baru dikenali selama enam minggu.

Menurut laporan, peserta rancangan realiti itu, Laura Gehrke bertemu suaminya Joshua Stewart, 21 menerusi sebuah laman web berkaitan dengan banduan selepas berasa kesunyian pada Disember tahun lalu.

Perkara itu terjadi selepas dia keseorangan ketika sambutan Hari Krimas di Dubai tanpa keluarganya kerana mempunyai masalah visa.

Perkenalan mereka bermula selepas Laura tertarik melihat profil seorang banduan yang memiliki hobi sama iaitu berpuisi, dan kemudian menghantar emel kepada pemuda itu.

Pasangan itu kemudian menghabiskan masa seharian berbual sehingga 11 jam untuk mengenali lebih mendalam sehingga Joshua mencadangkan untuk berkahwin dengannya.

Mengetahui suaminya disabitkan kesalahan memiliki dadah, Laura tidak menilai masa lampau pasangannya.

Disebabkan itu, Laura dikatakan sanggup terbang ke penjara Washington di Amerika Syarikat bagi melangsungkan perkahwinannya bersama Joshua.

"Ini pilihan yang betul. Keluarga kami sangat menyokong walaupun ibu saya mempersoalkannya tetapi dia sangat menyokong," jelas Laura mengenai upacara perkahwinannya yang selama 90 minit.

Walaupun tidak sempat bersama pada malam pertama, Laura bagaimanapun berharap untuk tinggal bersama suaminya itu di Amerika Syarikat selepas Joshua dijadualkan bebas pada Disember 2025. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain