suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak dipukul sampai badan berbirat, dipaksa cari duit tanggung keluarga... Ayah, mak tiri goyang kaki duduk rumah

Badan kanak-kanak perempuan ini dipenuhi kesan pukul ayahnya.

MALANG! Begitulah kehidupan yang dilalui seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun apabila dia dipaksa menjadi 'buruh' untuk menyara keluarga.

Lebih menyedihkan apabila ayah dan ibu tirinya adalah penganggur yang mengharapkan sumber kewangan daripadanya semata-mata.

Memetik laporan Kumparan, kanak-kanak terbabit akan dirotan menggunakan penyangkut baju berkali-kali apabila dia enggan keluar membuat persembahan jalanan di sekitar Jawa Barat di Indonesia.

Bukan itu sahaja, keluarganya juga tidak mempedulikan dirinya yang keletihan sehingga sering tertidur di dalam kelas.

Semasa kejadian, raungannya yang merayu agar tidak dipukul mendapat perhatian jiran tetangga.

Bagaimanapun mereka tidak dapat membantu selepas dihalang oleh ibu tirinya.

Susulan daripada itu, laporan polis dibuat bagi membantu menyelamatkannya yang menjadi mangsa penderaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain