suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar penampakan pontianak atas pokok pada waktu malam, pihak berkuasa mulakan siasatan

Penampakan sesuatu yang aneh membuatkan ramai berasa gerun.

ADAKAH kita benar keseorangan di alam ini?

Menerusi satu video tular di TikTok, ditunjukkan satu lembaga dipercayai pontianak berdiri tegak sebelum terbang pergi.

Kejadian berlaku di Gowa, wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia.

Berdasarkan video tersebut, susuk misteri seperti tubuh manusia dilihat berdiri tegak dalam persekitaran gelap.

Dalam keadaan samar itu, pakaian berwarna putih dan rambutnya yang panjang mengurai masih kelihatan.

Satu suara misteri yang menyeramkan turut didengari dalam video tersebut sebelum lembaga itu terbang dan menghilangkan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bontonompo Selatan, Rahmat T berkata, kejadian berlaku di Kampung Tanrara.

Pihaknya kini menyiasat kesahihan video tersebut.

“Polis setempat telah menghubungi ketua kampung, namun tiada sebarang laporan diterima daripada penduduk mengenai kejadian itu setakat ini,” katanya. - Detik.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain