suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita bawa khinzir ke Apple Store, siap berak sebelah rak pameran iPhone

Wanita itu meninggalkan premis Apple Store tanpa membersihkan najis haiwan peliharaannya. -Gambar Instagram/@rodrigobethlemoficia

SEORANG wanita meraih perhatian ramai selepas dia membawa seekor khinzir peliharaannya ke sebuah Apple Store di Rio de Janeiro, Brazil.

Lebih mengejutkan, wanita itu selamba membiarkan haiwan peliharaannya berak di dalam gedung itu.

Menerusi video tular, kelihatan ketulan najis khinzir terbiar di atas lantai, bersebelahan rak pameran iPhone.

Dia juga terus keluar daripada premis itu tanpa membersihkan kotoran yang dibuat oleh haiwan peliharaannya.

Video kejadian itu tular selepas ia dikongsi menerusi Instagram oleh perunding politik Brazil Rodrigo Bethlem.

Rata-rata pelayar Instagram turut menyelar tindakan wanita itu yang dianggap biadab dan tidak bertanggungjawab. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain