suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kesempatan dalam kesempitan! Kawasan banjir ditukar jadi tempat pelancongan, ramai pengunjung serbu

Sebuah kawasan banjir secara mendadak menjadi tempat pelancongan.

SIAPA sangka kawasan yang dilanda banjir boleh menjadi pusat pelancongan?

Begitulah kisahnya di wilayah Riau, Indonesia apabila orang ramai dilihat mengerumuni tempat yang ditenggelami air untuk bermandi-manda.

Melalui satu video tular di platform X, dapat diperhatikan kawasan banjir itu dipenuhi penduduk tempatan.

Manakala pada satu sudut kawasan tersebut, arus air dilihat agak deras, namun ia tetap menjadi tumpuan pengunjung untuk membasahkan badan.

Turut kelihatan adalah beberapa peniaga yang mengambil kesempatan membuka gerai jualan di sekitar kawasan tersebut.

“Penduduk Riau memang hebat. Bencana banjir boleh dijadikan lokasi pelancongan yang lengkap dengan gerai jualan,” ujar seorang penduduk.

Hantaran itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada warga maya.

“Kawasan banjir di Indonesia memang sering menjadi lokasi pelancongan. Ada juga yang menangkap ikan di dalam air banjir,” kata seorang netizen. - Okezone Travel

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain