suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gembira bakal dapat ‘cucu’, wanita buat majlis ‘baby shower’ untuk anjing peliharaan

Sidharth meraikan dua anjingnya dalam majlis 'baby shower'. -Gambar India.com

BAGI kebanyakan individu, haiwan yang dipelihara bukan sekadar teman semata-mata tetapi sudah dianggap seperti ahli keluarga sendiri.

Justeru, setiap peristiwa penting pasti turut diraikan bersama haiwan peliharaan.

Dalam satu video yang tular di laman sosial, seorang wanita, Sidharth Shivam meraikan dua anjing peliharaannya dalam satu majlis 'baby shower'.

Anjing bernama Rosy dan Remo dilayan dengan penuh istimewa apabila dipakaikan selendang, gelang, ditaburi kelopak mawar serta dijamu dengan snek yang lazat.

Video yang dimuat naik di laman Instagram baru-baru ini mendapat perhatian warga maya sehingga meraih lebih 6 juta jumlah tontonan.

Rata-ratanya tersentuh melihat kasih sayang Sidharth terhadap haiwan peliharaannya. -India.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain