suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penumpang obes didakwa punca absorber rosak! Pemandu teksi mulut celupar selamba herdik

Penumpang gempal diherdik pemandu teksi.

GARA-GARA memiliki tubuh yang gempal, seorang penumpang dikritik pemandu teksi sehingga menyebabkan pertengkaran lisan berlaku.

Menerusi klip video tular, penumpang berkenaan mempersoalkan kenapa dia tidak dimaklumkan lebih awal sekiranya berat badan menjadi masalah kepada pemandu terbabit.

Mana tidaknya, individu berkenaan bukan sahaja menghina penumpang yang berbadan gempal malah menyatakan dia menjadi punca kerosakan berlaku pada bahagian absorber kereta.

Bukan itu sahaja, pemandu tersebut turut menuntut bayaran tambahan sekiranya penumpang berkenaan ingin turun terlebih dahulu.

Bahkan menyatakan apa yang dituturkan adalah fakta dan bukan berniat untuk membuli atau mengejek penumpang terbabit.

Pun begitu, penumpang tersebut meluahkan rasa sakit hati kerana dia tidak pernah menghadapi masalah seperti itu dalam perjalanan sebelum ini.

Berikutan penyiaran video itu, banyak komen membanjiri kritikan terhadap tingkah laku pemandu teksi, dengan majoriti menyatakan dia membuli penumpang. - Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain