suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadis alami detik cemas, rambut tersangkut pada roda Ferris hingga terpaksa dipotong

Dua lelaki cuba membantu melepaskan rambut mangsa yang tersangkut pada besi roda Ferris.

KETERUJAAN seorang gadis menaiki roda Ferris berakhir dengan mimpi ngeri apabila rambutnya tersangkut pada rangka besi permainan tersebut.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Gujarat, India, ketika rakyat negara itu meraikan perayaan tempatan dikenali sebagai Ganesh Chaturthi.

Difahamkan, mangsa melepaskan rambutnya tanpa menyedari risiko akibat kecuaian tersebut.

Sebaik sahaja roda Ferris mula berpusing, dia secara tiba-tiba menjerit selepas menyedari rambutnya tersangkut.

Permainan roda Ferris dihentikan dengan segera bagi mengelakkan gadis itu cedera.

Menerusi video yang tular, kelihatan dua lelaki memanjat roda Ferris itu dan berusaha melepaskan rambut mangsa.

Difahamkan mereka terpaksa memotong rambut mangsa menggunakan pisau kerana cubaan melepaskan rambut daripada roda tersebut tidak berjaya. - Timesnownews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain