suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kepala dipenggal, gigi dihancurkan... Wanita dibunuh suami sendiri gara-gara disyaki jalin hubungan sulit dengan anak

Mayat yang dibungkus dengan plastik hitam. -Gambar sekadar hiasan

SEORANG wanita dibunuh kejam dengan kepalanya dipenggal manakala giginya turut dihancurkan dan empat jarinya 'hilang'.

Bukan itu sahaja, rambut mangsa turut dipotong, dipercayai cubaan penjenayah untuk menyembunyikan identitinya.

Menurut pihak polis, mayat wanita yang ditemui di daerah Banda, India itu, dikenali sebagai Maya Devi dan berusia kira-kira 35-40 tahun.

Susulan penemuan mayat wanita tersebut, polis yang menjalankan siasatan mengesyaki ahli keluarga mangsa terlibat dalam kes pembunuhan kejam itu.

Ketua Polis, Ankur Agarwal berkata, semasa soal siasat, suami mangsa yang bernama Ramkumar Ahirwar; dua anak lelaki dan seorang anak saudara lelakinya, mengaku telah terlibat di dalam kes pembunuhan tersebut.

Berdasarkan keterangan Ramkumar, Maya Devi adalah isteri keduanya, dan dia mengesyaki wanita tersebut menjalinkan hubungan sulit dengan salah seorang anak lelakinya.

Disebabkan marah dengan wanita itu, dia bersama dua anak lelaki dan anak saudara lelakinya 'menculik' mangsa dan membawanya ke sebuah kampung bernama Chamraha.

Mangsa kemudian dicekik sebelum kepalanya dipenggal dengan menggunakan kapak, selain mengerat empat jarinya.

Senjata serta kenderaan yang digunakan dalam kes tersebut turut ditemui dan dijadikan bahan bukti.

Keempat-empat suspek kini ditahan untuk diambil tindakan undang-undang. -Indiatoday

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain