suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja perempuan maut ditikam dalam perjalanan ke sekolah, tinggalkan nota misteri ‘saya sayang awak’

Sekuntum bunga ros berhampiran pusat beli-belah di Croydon, London selepas kejadian seorang gadis maut ditikam. -Gambar PA

SEORANG remaja perempuan berusia 15 tahun maut ditikam hingga mati dalam perjalanannya ke sekolah.

Lebih mengejutkan apabila sekeping nota cinta yang diconteng pada sampul surat ditemui di lokasi kejadian pembunuhan.

Memetik laporan Mirror, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke sekolahnya di Croydon, London di United Kingdom (UK) pada Rabu.

"Saya sangat menyayangi awak dan saya tidak pernah bertemu seseorang dengan senyuman dan mata yang lebih baik daripada apa yang awak ada, gadis istimewa," menurut tulisan nota itu.

Bagaimanapun, tidak diketahui siapakah yang menulis nota tersebut.

Susulan kejadian itu, polis mengesan dan menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.

Beberapa laporan mendakwa seorang remaja lelaki cuba memberikan bunga kepada seorang remaja perempuan di dalam bas, namun dia menolaknya sebelum tragedi berdarah berlaku.

Bagaimanapun, tidak dijelaskan gadis mana yang dibunuh.

Seorang pemandu bas dan orang awam di jalanan cuba menyelamatkan seorang remaja perempuan di kaki lima selepas kejadian yang berlaku pada waktu pagi.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta untuk menghubungi polis bagi membantu siasatan. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain