suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis hafizah al-Quran buat ramai cair hati, gemar anjur kelas mengaji untuk kanak-kanak

Seorang anggota polis wanita ternyata juga merupakan seorang hafizah al-Quran.

PAKEJ lengkap yang pastinya menjadi idaman setiap jejaka.

Jelita pada paras rupa selain kukuh pada agamanya.

Begitulah kisahnya untuk seorang polis wanita di Banda Aceh, Indonesia ini yang mendapat perhatian netizen kerana merupakan seorang hafizah al-Quran dan gemar mengajar kanak-kanak membaca kitab suci itu.

Polis Brigedier Dua Najwa Silmina Anggitia, 21, adalah anggota yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Banda Aceh dan menjalankan tugas-tugas dokumentasi pejabat.

Meskipun sibuk dengan tugas, Najwa membahagikan masanya untuk mengajar mengaji di kawasan tempat tinggalnya.

Menurut gadis tersebut, mengajar kanak-kanak membaca al-Quran adalah sumber kebahagiaan yang tidak terhingga buat dirinya.

Video memaparkan aktiviti Najwa mengajar kanak-kanak mengaji kini tular dan menerima pelbagai komen warga maya.

“Ini yang seharusnya diberikan penghargaan kerana sudah mengabdikan diri kepada negara dan masyarakat.

“Sebaik-baik ilmu adalah ilmu yang bermanfaat kerana itu dapat membantu anda di akhirat nanti,” kata sebahagian warga maya. - Okezone

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain