suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Luar biasa! Pelanggan kena tunggu 4 tahun kalau nak jamu selera di ‘restoran paling sukar ditempah dalam dunia’

The Bank Tavern mendapat gelaran 'restoran paling sukar ditempah dalam dunia'. -Gambar Twitter

MENUNGGU dalam tempoh satu jam sebelum mendapat tempat duduk di kedai makan pun bisa membuatkan seseorang marah atau tidak sabar.

Namun cuba bayangkan jika anda terpaksa menunggu sehingga empat tahun untuk membuat tempahan meja di sebuah restoran!

Luar biasa, bukan? Namun itulah kenyataannya dan restoran tersebut wujud.

Pub yang dikenali sebagai The Bank Tavern di Bristol, mendapat gelaran 'restoran paling sukar ditempah dalam dunia', menurut penyelidikan yang disusun oleh penyedia pembayaran perniagaan, Dojo.

Difahamkan, senarai menunggu tempahan meja di restoran berkenaan adalah empat tahun, terutama jika pelanggan ingin menempah meja untuk makan tengah hari pada hujung minggu.

Antara menu yang disediakan adalah peha kambing panggang, steak dan sebagainya.

Di laman web restoran tersebut, pelanggan diberi amaran bahawa tempahan untuk makan malam pada hujung minggu telah ditutup 'untuk masa hadapan'.

Sebaliknya, pelanggan dinasihatkan untuk mencuba nasib dengan 'walk-in' pada waktu selain waktu puncak. -India.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain