suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Alami keracunan darah, organ rosak... Lelaki gay maut selepas kekasih songsang tolong suntik minyak silikon pada zakar

Segelintir lelaki obses untuk membesarkan kemaluan sehingga sanggup menggunakan bahan terlarang. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki dari Jerman meninggal dunia selepas dia menjalani prosedur membesarkan zakar.

Martin, 32, mengalami keracunan darah dan kegagalan organ selepas zakar dan kerandut zakarnya disuntik dengan minyak silikon.

Menerusi perbicaraan di mahkamah, kekasih songsang Martin yang dikenali sebagai Torben, 46, dinamakan sebagai suspek utama kes kematian itu.

Mereka berkenalan menerusi laman web temu janji gay sebelum Martin meluahkan hasrat untuk memiliki zakar yang bersaiz besar seperti Torben.

Torben kemudiannya membuat suntikan minyak silikon pada bahagian alat sulit Martin, menyebabkan dia meninggal dunia akibat beberapa komplikasi.

Suspek juga mengaku kepada pihak berkuasa Jerman dia melakukan prosedur sama ke atas beberapa individu lain dengan bayaran sebanyak $224 (RM1,017).

Torben kini sedang didakwa atas kesalahan melakukan "kecederaan tubuh berbahaya yang mengakibatkan kematian" dan melanggar Akta Pengamal Perubatan Alternatif Jerman. - IB Times.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain