suria

Kejam! Wanita curang dengan tunang dan guna wang hantaran kahwini lelaki lain

Insiden wanita ini mencurangi tunangnya menjadi tular di Indonesia.

HUBUNGAN tidak kesampaian malah wang hantaran digunakan untuk mengahwini lelaki lain.

Begitulah kisahnya apabila seorang wanita Indonesia tergamak mengkhianati kepercayaan bekas tunangnya.

Tindakan keji wanita itu diketahui umum selepas ahli keluarga bekas tunangnya memuat naik perkara itu di media sosial.

Dalam hantaran itu, dilaporkan keluarga lelaki menyerahkan wang hantaran bernilai 120 juta rupiah (RM36,312) pada Disember 2022 untuk majlis perkahwinan dengan wanita terbabit.

"Bagaimanapun, pada awal Januari lalu, bakal ibu mentuanya tiba-tiba menghalang pernikahan sekiranya anaknya dibawa pergi dari Garut, Indonesia, tempat keluarga wanita itu tinggal.

"Wanita itu juga meminta kereta sebagai hantaran perkahwinannya," kongsi wanita dikenali Aulia yang dipercayai adik kepada lelaki berkenaan.

Menurutnya, perkahwinan itu akhirnya dibatalkan selepas wanita terbabit ditangkap curang dengan lelaki lain.

Katanya, wanita itu berjanji untuk menguruskan pemulangan semula wang hantaran yang sebahagiannya sudah dibayar kepada pengurus perkahwinan untuk pelbagai tempahan.

"Malangnya, tempahan yang dibuat tidak dibatalkan, dan tarikh perkahwinan asal ditukar dari 20 Mei 2023 kepada 9 Julai lalu.

"Wang hantaran diberikan abang kepadanya digunakan untuk melangsungkan majlis itu dengan lelaki lain," katanya kecewa.

Wanita itu kini dikecam hebat penduduk tempatan dan warga maya. - Liputan6

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain