suria

Wanita mengaku berkahwin dengan hantu, setahun kemudian umum bercerai kerana tak tahan terima gangguan mistik

Wanita itu bercerai selepas setahun berkahwin dengan roh tentera. - Gambar hiasan Brocarde/SWNS

PELIK tapi benar.

Seorang wanita dari Oxfordshire, United Kingdom (UK) pernah mengejutkan dunia apabila mengumumkan dia berkahwin dengan roh seorang tentera Victoria pada tahun lalu.

Terbaharu, wanita itu dikenali sebagai Brocarde, 40, mengumumkan dia telah bercerai dengan 'hantu' berkenaan kerana tidak tahan menerima gangguan mistik berpanjangan.

Ujarnya, hubungan rumah tangga mereka mula goyah selepas roh tentera dikenali sebagai Edwardo itu bertukar menjadi agresif dan sering menghantui hidupnya dengan bunyi teriakan bayi.

"Saya buat kesimpulan bahawa satu-satunya cara untuk menyingkirkan Edwardo adalah dengan menyingkirkannya daripada hidup saya. Jadi saya menjalani proses yang menerikan di gereja tempat kami bernikah.

"Selepas beberapa jam, saya berasa sangat ringan, seolah-olah terlepas daripada cengkaman roh jahat itu," dakwa wanita itu.

Selepas upacara itu, Brocarde kata dia menjalani hidup dengan lebih tenang dan tidak lagi berdepan dengan gangguan mistik.

"Saya dah tak rasa kehadirannya atau nampak kelibatnya. Kini saya rasa lebih gembira. Saya dah tak mahu diganggu oleh roh Edwardo. Dia tidak dialu-alukan dalam hidup saya," ujarnya lagi. - Daily Mail.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain