suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cinta ditolak kerana terlalu pendek, lelaki belanja RM400,000 jalani pembedahan tambah ketinggian

Lelaki ini menambah ketinggian melalui pembedahan berteknologi tinggi.

PASTINYA patah hati apabila cinta ditolak kerana keadaan fizikal tubuh badan.

Begitulah kisahnya untuk lelaki ini, Dynzell Sigers, yang perasaannya terhadap seorang wanita dipandang sebelah mata hanya kerana ketinggiannya yang pendek.

Sigers yang berumur 27 tahun merupakan seorang veteran tentera laut dari Georgia, Amerika Syarikat.

Susulan dari kisah tragis itu, Sigers nekad membelanjakan 81,000 dolar Amerika Syarikat (RM379,809) untuk menjalani pembedahan mengubah bentuk tubuhnya.

Prosedur itu membantunya meningkatkan ketinggiannya daripada 165 sentimeter (sm) kepada 183 sm.

"Sepanjang hidup, saya bergelut dengan keadaan diri yang bertubuh kecil. Saya mencuba pelbagai cara untuk mengubahnya tetapi tidak berhasil.

"Dengan ketinggian badan yang lebih tinggi, ia memberi saya peluang untuk mengubah hidup saya, kini saya dapat melihat kehidupan dari sudut yang berbeza," kata Sigers.

Sigers menceritakan dia sering ditolak oleh individu yang disukainya kerana terlalu pendek.

"Ia menghantui saya dan saya akan sentiasa memikirkan tentang ketinggian saya sebelum mendekati wanita, ini menyebabkan saya terlepas banyak peluang," kata Sigers.

Selama bertahun-tahun, Sigers meneliti cara menambah ketinggian tetapi tidak berhasil sehingga dia terjumpa prosedur yang bakal mengubah hidupnya.

Menurut Sigers, pembedahan memanjangkan anggota badan itu dibuat dibuat di sebuah hospital dengan teknologi yang futuristik. - New York Post

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain