suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga emas meninggal dunia mengejut, rebah ketika lihat lembu kesayangan disembelih

Soleh meninggal dunia saat melihat lembu yang dipeliharanya disembelih sempena Aidiladha. -Gambar iNews TV/Bambang Sugiarto

SEORANG warga emas di Jember, Jawa Timur, Indonesia meninggal dunia secara mengejut ketika melihat lembu kesayangan yang dipelihara sejak kecil disembelih sempena perayaan Aidiladha.

Menerusi video yang tular di laman sosial, lelaki yang dikenali sebagai Soleh itu berkumpul bersama penduduk kampung untuk menyaksikan lembu berkenaan disembelih.

Dia dilihat duduk mencangkung sambil melihat proses sembelihan.

Badannya kemudian kelihatan sedikit terhuyung-hayang sebelum jatuh tertiarap ke atas tanah.

Penduduk yang berada di lokasi kejadian segera membawanya ke hospital, namun nyawanya tidak dapat diselamatkan.

Difahamkan, lembu yang dijadikan korban itu sangat disayangi Soleh kerana ia dipelihara sejak kecil.

Apabila lembu itu cukup umur, ia dikorbankan oleh pemilik asalnya, di mana Soleh hanyalah membantu memelihara haiwan itu sahaja.

Salah seorang saudara Soleh yang dikenali sebagai Abdul Mu'in berkata, sebelum kejadian, warga emas itu turut menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid.

Menurut Abdul Mu'in, Soleh menghidap penyakit darah tinggi.

"Kemungkinan penyakitnya 'menyerang' apabila melihat darah atau atas sebab lain dia pengsan dan meninggal dunia apabila melihat lembu peliharaannya disembelih," ujarnya. -Sindonews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain