suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki didakwa di mahkamah, masukkan kemaluan dalam mulut burung camar

Seorang lelaki didakwa memasukkan kemaluan ke dalam mulut burung. foto ChronicleLive

SEORANG lelaki didakwa memasukkan alat sulitnya ke dalam mulut seekor burung camar hingga menyebabkan haiwan itu terseksa.

Dia berdepan dengan perbicaraan di mahkamah Tyneside, di utara England.

David Lee hadir di Mahkamah Majistret South Tyneside pada Jumaat lalu, dan didakwa menyebabkan penderitaan haiwan yang dilindungi di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2006.

Kesalahan itu didakwa berlaku di Sunderland pada Khamis, 18 Ogos 2022.

Memetik laporan Chronicle Live, Lee yang memakai baju hujan dan seluar jeans, bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakar bius masukkan kemaluan dalam mulut pesakit dah banyak kali buat hal, polis syak 30 wanita jadi mangsa

Dia dibenarkan ikat jamin tanpa syarat sehingga perbicaraan ditetapkan kemudian.

Membunuh atau mencederakan burung camar dengan sengaja adalah satu kesalahan jenayah dan kesalahan terhadap hidupan liar.

Ia membawa hukuman denda sehingga £5,000 (RM23,638) atau boleh dihukum penjara.

Sebagai peringatan, perbuatan ini bukan sahaja salah dari segi undang-undang malah turut haram dalam Islam, dan semua pihak perlu menjauhinya. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain