suria

Tak hirau kehadiran penumpang, 2 individu selamba buat seks oral dalam kereta api

Video pasangan itu tular sehingga meraih lebih 250,000 tontonan.

POLIS kini sedang menyiasat penyebaran video yang memaparkan dua individu melakukan seks oral di dalam gerabak kereta api.

Perbuatan lucah itu menjadi tular selepas seorang penumpang merakam aksi pasangan itu sebelum menyiarkannya menerusi Twitter.

Jurucakap Polis Pengangkutan Britain berkata, pasukan itu telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut dan menggesa mana-mana individu tampil membantu siasatan.

"Kami peka tentang video yang tersebar di media sosial dan sedang membuat siasatan mengenainya.

"Sesiapa yang menyaksikan kejadian atau mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi kami," ujar jurucakap itu.

Video tersebut meraih lebih 250,000 tontonan di media sosial.

Dalam video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang melakukan seks oral bersama seorang wanita, dipercayai pasangannya.

Kejadian berlaku ketika kereta api itu dalam perjalanan dari London Euston pada Khamis lalu.

Sebagai peringatan, perbuatan ini bukan sahaja salah dari segi undang-undang atau malah turut diharamkan haram dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain