suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes jangkitan baru ‘Demam Lembah’ menular di AS, 10 kali ganda membawa maut

Jangkitan baharu Demam Lembah menular di AS.

PAKAR kesihatan Amerika Syarikat (AS) membangkitkan kebimbangan mengenai peningkatan kes jangkitan kulat maut yang digelar 'Valley Fever' atau Demam Lembah.

Penyakit Demam Lembah yang 10 kali ganda lebih membawa maut berbanding selesema itu meningkat 20 kali ganda sejak permulaan abad ini, lapor Dailymail.

Walaupun sebahagian besar kes jangkitan dilaporkan di barat daya AS, penyakit itu kelihatan semakin merebak dan krisis perubahan iklim berkemungkinan menjadi punca jangkitan.

Penyakit berkenaan disebabkan oleh kulat Coccidioides yang melepaskan spora ke udara apabila tanah diteroka.

Spora kulat itu kemudian dihidu oleh manusia dan haiwan.

Antara gejala Demam Lembah adalah seperti keletihan, batuk, demam, sakit otot dan sesak nafas.

Kira-kira 97 peratus daripada semua kes Demam Lembah dilaporkan di Arizona dan California, demikian menurut Jabatan Kesihatan Awam California.

Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal GeoHealth menganggarkan bahawa julat Demam Lembah boleh mencapai sempadan ke Kanada sebelum akhir abad ini ekoran perubahan iklim. - Independent

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain