SEORANG ibu terkejut selepas anak lelaki yang disangkakan telah meninggal dunia sedekad lalu rupanya masih hidup selepas tidak mendengar khabar daripadanya. Nicholas Curtis yang berasal dari Glasgow, Lanarkshire melancong di sekitar Sepanyol dan Perancis pada pertengahan tahun 2000, dan tidak berhubung dengan keluarganya sejak 2010. Ibunya, Joyce Curtis menyangka anaknya telah meninggal dunia tetapi pada 19 Disember lalu, dia menerima panggilan menyatakan anaknya berada di hospital di Selatan Perancis dan mengesahkan bahawa dia masih hidup. Dalam panggilan telefon Joyce bersama Nicholas, dia dikatakan kelihatan sihat dan bersetuju untuk pulang. Namun begitu, wanita itu tidak meletakkan harapan yang anaknya akan pulang, sehinggalah dia menjejaki rumah mereka. “Saya tidak dapat bayangkan apa yang dia lalui. Saya hanya perlu membawanya pulang. “Mudah-mudahan saya mempunyai peluang untuk pergi ke Perancis bersama anak perempuan saya untuk berjumpa dengannya,” katanya. Ketika Joyce mendapat perkhabaran bahawa anaknya masih hidup, dia berkata yang dia sangat terkejut dan menangis sepanjang hari. “Ini membuatkan hari Krismas saya berasa jauh lebih baik, terutamanya sejak suami saya meninggal dunia pada bulan Jun lepas. “Ia seperti satu keajaiban kerana saya telah pasrah atas pemergiannya, dan ramai orang pastinya berfikiran sama,” ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Misteri hilang 2 minggu terjawab... mayat wanita ditemui diikat pada pam air dalam tasik Pada tahun 2009, Joyce melaporkan Nicholas hilang kerana anaknya tidak pulang pada masa yang ditetapkan selepas melancong di Perancis. Setahun kemudian, dia pergi ke hospital di Perancis setelah menerima panggilan daripada konsulat tentang keberadaan anaknya di situ. Dia dan suaminya keluar untuk menemuinya di Perancis dan cuba membawanya pulang ke United Kingdom, tetapi dalam proses itu, dia hilang semula. “Semasa saya melawatnya di Perancis, saya telah membelikannya kasut dan pakaian untuk dipakai pulang ke rumah. “Saya menunggu dia pulang tetapi tidak mendapat apa-apa khabar. Itulah kali terakhir kami mendapat khabar tentangnya,” ujarnya. Sementara itu, kini Nicholas difahamkan sedang menerima bantuan oleh Pejabat Luar Negeri, Komanwel dan Pembangunan untuk membawa anaknya pulang. – Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI