suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baringkan kerusi pesawat sehingga penumpang belakang sesak nafas, seluruh kabin gaduh tak puas hati

Penumpang bergaduh kerana hanya sebuah kerusi.

RAKAMAN video mengejutkan menunjukkan seorang lelaki diserang oleh penumpang pesawat selepas enggan meletakkan tempat duduknya dalam kedudukan tegak untuk berlepas.

Kejadian itu berlaku di dalam pesawat Thai Smile Airways ketika ia sedang bersedia untuk berlepas ke Bangkok menuju Kolkata di India.

Anak kapal penerbangan telah meminta semua penumpang untuk meletakkan tempat duduk mereka pada kedudukan tegak dan memasang tali pinggang keledar sebelum pesawat berlepas.

Namun begitu, seorang lelaki tidak mematuhi arahan tersebut dengan alasan dia perlu berbaring kerana mengalami sakit belakang.

Dia kemudian mencabar anak kapal untuk melaporkannya kepada kapten jika mereka mahu berbincang dengan lebih lanjut mengenai perkara itu.

Tetapi belum sempat pun untuk kapten terlibat, sekumpulan penumpang yang marah di dalam pesawat memutuskan untuk cuba mengawal sendiri keadaan itu dan lelaki yang berdegil itu menjadi sasaran.

Dalam rakaman itu, beberapa orang dirakam memukul lelaki itu secara berulang-kali, dia cuba mempertahankan dirinya manakala anak kapal campur tangan untuk memulihkan keadaan. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain